Sunday, July 21, 2013

Apa itu MENORA?

Persembahan Drama Tari Menora

Menora dikategorikan sebagai muzik drama tari. Persembahan menora meliputi mendatari, pembaca puisi, pemimpin kumpulan/pelakon/ penari persembahan itu. Dipetik dari kitab-kitab Mahabrata. Menora mempunyai 12 buah cerita asal, tetapi ada 7 buah cerita asal yang sudah diubahsuai. Menora juga digunakan untuk tujuan perubatan, contohnya (menyepit mata pedang yang telah dicelup dengan air mawar dengan ibu jari kaki Pak Sithong.

Menora mempunyai unsur-unsur animism, contohnya menyediakan makanan untuk makhluk halus. Menora mempunyai unsur jenaka. Menora berasal dari Songkla,Thailand. Menora begitu popular di wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut Su Choon, menorah berasal dari kerajaan Legor (Selatan Siam & Utara Tanah Melayu, ianya wujud sejak Tamadun masihi 400. Pada hari ini Menora masih dimainkan dinegeri-negeri Perlis, Kedah dan Kelantan.

Salam Perkenalan

Assalammualaikum.

Ini blog kami. Siapa kami?

Kami adalah
 
 











Nizam Rusli,














Pauzidan Sungip dan














Mohd Shukri Zainal.

Kami merupakan pelajar separuh masa Program Pensiswazahan Guru ambilan Jun 2011. Kewujudan blog ini adalah bertujuan melengkapkan  tugasan bagi matapelajaran MZU 3117 MUZIK MALAYSIA. Matapelajaran ini dibawah bimbingan En. Amran bin Aris yang merupakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Mengapa blog ini diwujudkan?

Blog ini diwujudkan bertujuan bagi melengkapkan tugasan MZU 3117 MUZIK MALAYSIA. Kami diberi tanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat berkaitan MENORA yang merupakan satu persembahan kesenian tradisional masyarakat Malaysia amnya. Kemudahan mengakses dengan menggunakan blog, membuatkan kami memilih blogger.com bagi menyiapkan tugasan ini selain memudahkan kami menyimpan dokumentasi yang berkaitan dengan tajuk pelajaran kami.

Sila kunjungi kami di facebook dengan mengklik pada nama-nama kami.

In Sha Allah jumpa kami di posting-posting akan datang..