Friday, September 20, 2013

TARIAN DALAM MENORA

Terdapat beberapa tarian di dalam persembahan menora ini. Adalah dipercayai pada asalnya,menora mempunyai 12 gerak tari dan posisi. Namun,lama kelamaan gerak tari ini semakin hilang berikutan tindakan ketua-ketua menora mencipta gerak tari yang baru bagi memenuhi selera masyarakat sezaman dan menyesuaikan dengan citarasa ketua kumpulan yang baru. Antara tarian yang biasa dimainkan dan dipersembahkan adalah seperti Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari, Tarian Penjuru Besar ataupun Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru Kecil ataupun Gerak Tari Gajah serta Tarian Labah-labah yang menganyam sarangnya.

   Tarian Masuk adalah merujuk kepada gerak tari masuk gelanggang. Manakala,Tarian Kinnari pula adalah hasil pengamatan peniruan gerak tari burung. Gerak Tari Pencak Besar adalah gerak tari jalan angsa dan Gerak Tari Penjuru Kecil berdasarkan gerak tari posisi gajah. Selain itu,terdapat satu gerak tari yang unik Gerak Tari Labah-labah menganyam sarangnya yang mana memerlukan stamina dan fleksibiliti yang tinggi untuk diaplikasikan gerak tarinya.



Gerak Tari Burung Kinaree


Gerak Tari Masuk



Tarian Penjuru Besar (Jalan Angsa)



Tarian Penjuru Kecik ( Gerak Tari Gajah )



Gerak Tari Labah-labah



    Gaya gerak tari oleh penari wanita yang memainkan watak inang biasanya tidak mengadap penonton tetapi mengadap raja yang berada di tengah-tengah pentas. Susunan tariannya adalah berbentuk bulatan. Terdapat lebih 100 gaya posisi dan pergerakan dalam menyampaikan sesuatu tarian menora yang bercirikan pengaruh hindu dan melayu. Setiap pergerakan seperti melangkah dan lentikan jari yang dipakaikan kuku besi dan sebagainya mempunyai maksud dan pengertiannya yang tertentu.

   Menurut Dr. Ghause Nasaruddin daripada Pusat Seni Universiti Sains Malaysia yang mengatakan tarian menora menggunakan posisi yang mempunyai fungsi tertentu. Fungsinya adalah terdiri daripada tiga jenis iaitu fungsi ritual,fungsi dramatik dan struktur. Fungsi ritual adalah merujuk kepada fungsi mengadakan upacara pembukaan iaitu membuka dan tutup panggung serta upacara menyembah guru. Pergerakan yang ditekankan adalah menjurus kepada pergerakan tangan dan posisi badan. Pergerakan boleh dibahagikan kepada empat kelompok iaitu pertama tentang pergerakan binatang ataupun haiwan seperti gajah,kijang kerbau dan sebagainya. Kedua,pergerakan berbentuk bunga teratai khususnya dari aspek kembang kucup bunganya. Ketiga pula ialah pergerkan berbentuk aksi seperti terbang,hayun dan sebagainya dan keempat pergerakkan berunsurkan perwatakan yang digarap untuk memenuhi adegan dan aksi tertentu. Tetapi,terdapat beberapa tarian yang digunakan khusus untuk upacara pembukaan.

   Gerak tari untuk hiburan adalah berbeza dengan gerak tari di dalam ritual keagamaan. Guru-guru menora diberikan kebebasan untuk mengatur dan menyusun gerak tari penarinya mengikut kreativiti mereka masing- masing.

HASIL KERJA LAPANGAN

   Hasil daripada kerja lapangan, kami mendapati terdapat satu lagi lagu memakai kecopong atau lagu sauk kecopong. Lgu ini berunsurkan mentera siam lantas pengaruh buddist. Selain itu,gerak tari di dalam penceritaan menora adalah hasil kesinambungan penceritaan sesebuah cerita itu seperti tarian tangkap garuda ataupun tarian khong long adalah gerak tari yang ditarikan semasa para pengawal berusaha untuk menangkap Puteri Seri Mala untuk dibawa ke istana. Selain itu, tarian tangkap buaya ataupun tarian Theng Khe adalah gerak tari yang ditarikan semasa mereka bergelut dalam penangkapan buaya.

Sumber: http://themenora.blogspot.com

No comments:

Post a Comment