Menora
adalah berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian
Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah
terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak
terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menurut beliau juga, menora adalah hak
milik kita, warisan budaya kita yang harus dipertahankan kewujudannya dan
dipelihara dari hilang ditelan zaman.
Menurut
sumber lain, menora adalah berasal daripada Thailand. Tapi permainan ini begitu
popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon,
seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor yang merangkumi
kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun
TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250,
tetapi menora masih bernafas hingga kini.
Menora
boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri.
Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau
pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah
sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain-lain. Drama
tari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan
tarian. Selain itu, menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen buddha. Ini
adalah kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil buddha.
Persembahan menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk
keagaamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan
hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah
yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak
dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan
PERAN.
VERSI LAIN TENTANG SEJARAH MENORA
Asal-usul Menora 1
Suatu
ketika dahulu terdapat sebuah negeri di Thailand. Rajanya bernama Raja Saifafat
(Phaya Saifafat) dan isterinya bernama Nang Sri Dok Mai dan mempunyai
seorang Puteri bernama Nang Nuan Samli @ Mea Sri Nuan. Puteri Nang Nuan Samli
ada 4 orang kakak angkat (pelayan istana) bernama Mea Khen Oon, Mea Phau, Mea
Maukhlen dan Mea Jot Thorng.
Setelah Puteri Nang Nuam Samli dewasa maka Phra In telah menghantar
seorang dewa untuk lahir di dunia ini melalui Puteri Nang Nuam Samli. Setelah
puteri tersebut mengandung tanpa bapa maka mengakibatkan Raja Saifafat murka
lalu menghalau puteri Nang Nuam Samli keluar dari istana. Puteri Nang Nuan
Samli dihanyut dengan rakit bersama 4 orang kakak angkatnya. Rakit tersebut
telah dipukul ombak dan hanyut sampai ke sebuah pulau namanya Pulau
Kachang.
Tuan puteri pun memulakan kehidupan barunya di Pulau Kachang bersama 4
orang kakak angkatnya. Tuan Puteri telah melahirkan anak lelaki bernama Putera
Achittak Kumar. Setelah Putera Achittak Kumar dewasa, beliau telah belajar
menari dan mencipta tarian Menora secara bersendirian di tepi sungai supaya
dapat melihat bayang beliau semasa menari di dalam air.
Setelah pandai menari
beliau telah memohon kebenaran emaknya untuk keluar dari Pulau Kachang untuk
mengadakan pertunjukan tarian Menora di merata-rata kampung. Kemahiran beliau
menari menjadi bual-bualan orang ramai tentang keunikan tariannya yg menarik minat
orang menonton.
Peristiwa kehebatan tarian Menora tersebut telah sampai ke pengetahuan
Raja Saifafat. Lalu baginda memerintah segala panglimanya untuk menjemput
Putera Achittak Kumar membuat persembahan di istana. Selepas Putera Achittak
Kumar membuat persembahan maka raja amat tertarik dengan tarian Menora tersebut
lalu baginda memanggil Putera Achittak Kumar mengadap. Baginda pun mula menyoal
asal-usul keturunan Putera Achittak Kumar, lalu baginda mendapat tahu bahawa
Putera Achittak Kumar sebenarnya cucu baginda sendiri.
Maka baginda pun mengurniakan nama baru kepada Putera Achittak Kumar
dengan nama KHUNSRISATTHA bersama sepasang persalinan lengkap pakaian Diraja
dan digunakan sebagai pakaian menora sehingga sekarang.
Baginda juga
telah menjemput Puteri Nang Nuam Samli pulang ke istana. Sebelum masuk ke
istana, Puteri Nang Nuan Samli perlu melalui upacara pembersihan selama 3 hari
2 malam (Rabu, Khamis dan Jumaat) di pintu istana.
Upacara tersebut telah diamalkan sehingga sekarang semasa memulakan
permainan menora.
KHUNSRISATTHA juga telah melatih para pembesar dan
dayang-dayang di istana dengan tarian menora sehingga berkembang luas dan
diwarisi dari turun temurun hingga ke hari ini.
Ini ada salah satu cerita
daripada salah seorang guru tarian Menora di Songkhla. Saya terjemah daripada
Tesis yg dibuat oleh Encik Sarot Naakkhawirot, Pensyarah di Universiti
Perguruan, Songkhla lebih kurang 20 tahun yg lepas. Ada 2 lagi cerita dari guru
Menora di Batthalung.
Asal usul Menora 2
Hasil temuramah guru Menora bernama Khun Upatham Narakorn atau En. Phum
Thewa oleh En. Sarot Nakhavirod di Universiti Perguruan Songkhla, Thailand pada
16.10.1977.
Ada sebuah negeri diperintah oleh Raja Saifafat dan isterinya
bernama Nang Sri Mala. Mereka mempunyai seorang puteri bernama Nang Nuan Thong
Samli. Pada suatu malam, Puteri Nang Nuan Thong Samli bermimpi ada dewa datang
mengajar cara-cara menari dan menjelma (Niramit) peralatan muzik untuk Tuan
Puteri lihat.
Bersama-sama dengan cara memainkan alat-alat muzik tersebut dan
cara-cara menari tarian menora.
Bila Tuan Puteri sedar dari mimpi, Tuan Puteri
dapat ingat semua butir-butir dalam mimpi dan berminat dengan tarian tersebut.
Lalu Tuan Puteri mengarah pembesar istana untuk menyediakan alat-alat muzik
seperti dalam mimpi dan cuba untuk memainkan alat muzik tersebut mengikut apa
yang Tuan Puteri mimpi. Setelah berjaya memainkan alat muzik tersebut maka Tuan
Puteri cuba pula untuk menari ikut rentak dalam mimpi. Akhirnya Tuan Puteri
berjaya menari dengan baik sekali sehingga dipuji oleh dayang-dayang dalam
istana. Maka mereka pun mulalah berlatih beramai-ramai di dalam istana.
Pada suatu hari, tuan puteri ingin makan biji teratai lalu arah para
dayang sediakan untuk tuan puteri. Selepas tuan puteri makan biji teratai maka
tuan puteri pun mengandung. Setelah peristiwa tuan puteri mengandung sampai ke
pengetahuan Raja Saifafat. Maka baginda memanggil dayang untuk soal siasat dan
tanya tuan puteri mengandung dengan siapa. Tetapi mereka tidak dapat memberi
jawapan kepada raja menyebabkan raja murka. Raja mengarahkan para pembesar
menangkap tuan puteri bersama-sama dayang-dayang dan dihanyutkan dengan
rakit.
Rakit tersebut dipukul ombak sehingga sampai ke sebuah pulau namanya
Pulau Kachang. Para Dewa telah menjelmakan sebuah pondok untuk tuan puteri itu
tinggal dalam pulau tersebut bersama-sama dengan dayang-dayang. Tuan puteri
telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Kumar Noi (Putera kecil).
Setelah Putera Kumar Noi berusia 9 tahun, Tuan Puteri telah mengajar anaknya
menari sehingga cekap.
Setelah Putera Kumar Noi menjadi dewasa dan berasa
pelik kenapa pulau ini tiada penghuni lelaki. Kebanyakkannya perempuan.
Bondanya pun ceritalah tentang latar belakang kejadian yang menimpa mereka
sehingga sampai ke pulau tersebut.
Setelah Putera Kumar Noi dapat tahu hal sebenar lalu memohon kebenaran
daripada bondanya untuk keluar dari pulau dengan menumpang kapal yang lalu
untuk mencari datuknya.
Setelah sampai di tanah besar, beliau telah mengadakan
pertunjukkan di merata-rata tempat sehingga berjumpa dengan seorang pemburu
bernama “Phran Boon”. Akhirnya mereka berdua merantau bersama sehingga sampai
ke negeri yang diperintah oleh Raja Saifafat.
Rakyat negeri itu jadi heboh dan
pakat-pakat datang menonton persembahan tarian Menora oleh Putera Kumar Noi
dengan kepakarannya menari dengan cantik dan unik sekali.
Termasuk para pembesar istana yang ponteng dari tugas untuk datang
menonton persembahan tarian Menora Putera Kumar Noi.
Pada suatu hari Raja
Saifafat mengadakan mesyuarat di kalangan para pembesar istana. Tetapi jumlah
para pembesar yang hadir ke mesyuarat agak kurang, maka baginda berasa hairan.
Baginda pun menyiasat kenapa para pembesar tidak menghadiri mesyuarat. Baginda
dimaklumkan bahawa ramai para pembesar istana ponteng dan pergi menonton
persembahan tarian menora.
Baginda pun ingin tahu tentang keunikan tarian menora. Baginda mengarah
para pembesar untuk menjemput Putera Kumar Noi membuat persembahan tarian
menora di istana. Persembahan tarian menora oleh Putera Kumar Noi telah
menyebabkan Raja sangat gembira.
Oleh kerana wajah Putera Kumar Noi
mirip dengan Puteri Nang Nuan Thong Samli, baginda rasa sangsi. Baginda
memanggil Putera Kumar Noi masuk mengadap dan bertanya tentang asal
keturunannya. Akhirnya baginda dapat tahu bahawa Putera Kumar Noi merupakan cucunya
sendiri.
Baginda telah mengurniakan gelaran baru kepada Putera Kumar Noi dengan
gelaran Khun Sattha bersama-sama dengan satu persalinan Diraja yang dijadikan
pakaian menora sehingga hari ini.
Baginda juga tanya tentang khabar Puteri
Nang Nuan Thong Samli dan dapat tahu bahawa puteri baginda masih hidup dan
tinggal di Pulau Kachang. Baginda mengarah para pembesar untuk menjemput Puteri
Nang Nuan Thong Samli pulang ke istana. Para pembesar pun menjalankan tugas
seperti yang diarahkan oleh raja.
Tetapi Puteri Nang Nuan Thong Samli tidak mahu pulang ke istana kerana
merajuk dengan bapanya. Raja Saifafat dapat tahu lalu murka dan mengarah para
pembesar untuk menjemput Puteri Nang Nuan Thong Samli sekali lagi. Sekiranya
puteri tak mahu pulang, diarah pembesar untuk menangkap. Semasa Puteri berada
di atas pulau nampak angkatan pembesar istana datang, puteri rasa takut lalu
lari naik ke puncak bukit di pulau tersebut.
Para pembesar pun mulalah
mengejar dan menangkap Puteri Nang Nuan Thong Samli.
Peristiwa kejar-mengejar ini adalah asal-usul salah satu rentak tarian
Menora yang diberi nama Tarian Khlong Hong (rentak tarian tangkap
garuda).
Setelah berjaya ditangkap, tuan puteri di bawa pulang ke istana
dengan kapal. Semasa kapal hampir dengan tambatan, terdapat seekor buaya timbul
menghalang kapal. Maka para pembesar pun menikam buaya itu sampai mati.
Peristiwa tikam buaya ini merupakan asal-usul salah satu rentak tarian menora
yang diberi nama Tarian Theng Khe (rentak tarian tikam buaya).
Ini merupakan asal-usul kedua tarian menora yang diterjemahkan daripada
tesis En. Sarot Nakhavirod, Universiti Perguruan Songkhla, Thailand.
Asal-usul Menora 3
Asal-usul Menora ini diceritakan oleh Menora Khren Suriyachan (En. Khren
Suriyachan). Ditemuramah oleh En. Sarot Nakhavirod, Pensyarah Universiti
Perguruan Songkhla di No. 9, Lorong 6, Mukim Napakho, Daerah Khaochaison,
Wilayah Patthalung, Thailand pada 12.3.1991.
Lebih kurang 1,000 tahun dahulu,
negeri Patthalung terletak di Bang Keaw (Mukim Bang Keaw Daerah Khaochaison)
terdapat seorang raja bernama Thau Kosin atau Raja Saifafat. Isterinya bernama
Nang Indrani atau Sri Mala. Puteranya bernama Thepsingkhorn dan puterinya
bernama Nang Nuam Thong Samli atau Sri Khongkha.
Raja Saifafat mahu putera dan puteri baginda belajar tentang seni tarian
lalu mencari guru yang mahir iaitu Luang Nai Khongkho, Luang Nai Thong Kan
Darn, Luang Nai Chom dan Luang Nai Chit. Semua guru-guru tersebut digelar
Rajchakhru dipertanggungjawab untuk mengajar Putera Thepsingkhorn dan Puteri
Nang Nuam Thong Samli dengan seni tarian termasuk dayang-dayang Puteri Nang
Nuam Thong Samli.
Tidak lama kemudian Puteri Nang Nuam Thong Samli
terlanjur dengan Putera Thepsingkhorn sehingga mengandung.
Setelah perkara ini diketahui Raja Saifafat maka baginda marah dan
mengarah askar menangkap Putera Thepsingkhorn dan Puteri Nang Nuam Thong Samli
termasuk dayang-dayang dihanyutkan dengan rakit keluar dari istana (buang
negeri). Sementara Rajchakhru 4 orang yang telah terlanjur dengan para
dayang-dayang kepada Puteri Nang Nuam Thong Samli ditangkap dan dihukum bunuh
dengan diikat dan dibuang ke dalam sungai.
Sementara Putera Thepsingkhorn dan
Puteri Nang Nuam Thong Samli bersama-sama para dayang telah dihanyutkan dengan
rakit sampai di sebuah pulau bernama Pulau Kachang setelah dipukul ombak kuat.
Mereka telah membina kehidupan baru di pulau tersebut sehingga Puteri
Nang Nuam Thong Samli melahirkan seorang putera bernama Kachau. Dalam masa yang
sama, dayang yang telah terlanjur sehingga mengandung dengan Luang Nai Khongkho
juga melahirkan seorang anak lelaki bernama Chan Krak Ya Phom Mho.
Setelah
Putera Kachau meningkat dewasa, beliau telah diajar seni tarian daripada
ibubapa mereka. Setelah mendapat tahu bahawa beliau mempunyai seorang datuk
sebagai raja di sebuah negeri, Putera Kachau telah mengajak Chan Krak Ya Phom
Mho keluar dari pulau untuk membuat persembahan tarian dan disamping itu untuk
mencari datuknya.
Setelah Raja Saifafat mendapat berita lalu memerintah supaya Putera
Kachau mengadakan persembahan tarian di istana. Raja Saifafat tertarik dengan
tarian yang dipersembahkan oleh Putera Kachau. Setelah baginda mendapat tahu bahawa
putera Kachau sebenarnya cucu baginda sendiri maka baginda telah mengurniakan
sepasang pakaian Diraja untuk dijadikan pakaian tarian yang dikenali “Khreng
Ton”.
Selain daripada itu, putera Kachau juga memaklumkan kepada datuknya
tentang kesengsaraan yang dialami oleh ibubapanya yang tinggal di Pulau
Kachang.
Maka Raja Saifafat mengarah para pembesar untuk menjemput putera dan
puterinya balik ke istana tetapi Putera Thepsingkorn dan Puteri Nang Nuam Thong
Samli enggan pulang ke istana. Sehingga menyebabkan Raja Saifafat marah dan
mengarah para pembesar sekali lagi pergi menjemput sekiranya tak balik maka
diarah tangkap kedua-duanya dan dibawa pulang.
Setelah dijemput bagi kali
kedua dan masih lagi tak mahu pulang maka para pembesar pun mengejar dan menangkap
Putera Thepsingkorn dan Puteri Nang Nuam Thong Samli.
Aksi kejar-mengejar merupakan asal-usul rentak “Tarian Klong Hong” atau
“Tarian Tangkap Garuda” salah satu rentak tarian Menora. Setelah para pembesar
berjaya menangkap kedua-dua orang putera dan puteri maka mereka dibawa pulang
ke istana. Setelah kapal tersebut hampir sampai ke tambatan maka terdapat
seekor buaya menghalang. Para pembesar pun berusaha membunuh buaya tersebut
hingga mati. Aksi membunuh buaya merupakan asal-usul rentak “Tarian Theng Khe”
atau “Tarian Tikam Buaya”.
Hasil daripada 3 cerita asal usul Menora di atas dapat disimpulkan
bahawa:
1. Pengasas Menora ialah Khunsattha.
2. Menora wujud di istana dan
kemudian diperturunkan kepada orang-orang kampong.
3. Menora wujud di salah satu
tempat di sekitar kawasan barat dari pantai Songkhla.
sumber: http://themenora.blogspot.com/2010/08/sejarah.html
Menora adalah berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menurut beliau juga, menora adalah hak milik kita, warisan budaya kita yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman.

No comments:
Post a Comment