Friday, September 20, 2013

JENIS ALAT MUZIK

Sebuah kumpulan menora terdapat 12 orang anggota iaitu 4 orang pelakon seorang gadis dan 8 orang pemain muzik. Di dalam persembahan menora terdapat muziknya yang mengiringi persembahannya. Sudah pasti jika ada persembahan, mestilah ada lagunya. Begitu juga dengan menora. Bagi mereka, bermain menora bukanlah pekerjaan yang tetap tapi sambilan sahaja.

Terdapat 6 jenis alat muzik yang mengiringi persembahan menora iaitu :
  • sebuah geduk
  • sepasang canai
  • sebuah pi nai
  • sepasang gedombak
  • sebuah cerek
  • sebuah kesi


GEDUK
Alat membranophones. Sejenis gendang yang berbentuk barrel. lanya dibuat daripada blok kayu yang keras. Ukurannya ialah 12" panjang dan 10" panjang garisan pusat dan lilitnya pada bahagian kulit ialah 31" dan 33" lilitan pada pertengahan badan. Muka gendang itu dilitupi dengan kulit kerbau yang direntang dengan cekangnya. Kulit itu dilekatkan pada kayu dengan menggunakan paku payung. Cuma muka sebelah atas gendang itu sahaja yang digunakan. Di tengah-tengah badan gendang itu terdapat cincin besi di mana disambungkan dua batang kayu sebagai kakinya. Dengan itu, kedudukan gendang itu akan condong ke arah si pemukul. Keadaan yang condong ini akan menghasilkan getaran bunyi atau gema yang lebih kuat apabila gendang itu dipalu pada permukaan atasnya.
Untuk memukul atau memalukan gendang itu dua batang kayu pemalu atau pengetuk digunakan. lanya diperbuat daripada kayu biasa yang liat. Hujungnya berbentuk bulat. lanya digunakan secara pasangan, setiap satu untuk sebelah tangan. Si pemukul akan mengangkat selaras dengan dahinya. Bunyi gendang ini kencang dan bising.
<GEDUK>




CANANG

Alat idiophones. Terdapat sepasang canang - salah satunya kecil sedikit daripada yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci. Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan.      
<CANANG>
 PI NAI      
Alat aerophones. 'Alat wood wind' yang diperbuat dari kayu yang halus urat-uratnya. Berbentuk bulat dan panjang.Panjangnya lebih kurang 14 inci. Pada bahagian 'tengahnya agak berbonjolsedikit. Bahagian dalamnya kosong. Terdapat 6 lubang dibadannya untuk kawalan tanal. Pada bahagian atasnya terdapat sebuah lubang yang kecil dimana diselitkan 'reed'. Pada reed tersebut terdapat satu tiub keluli yang panjangnya 2 inci dan daun-daun mengkuang yang kering diselitkan ke dalam tiub itu. Peniup pi nai akan memasukkan tiub reed itu ke dalam mulutnya dan meniupnya. Pemain pi nai mestilah pandai mengawal nafasnya. Cara meniup ialah menarik dan menghembus nafas dengan cepatnya. Peranan Pi Nai di dalam Menora adalah sebagai melodi.
<PI NAI>
GEDOMBAK        

Gedombak juga adalah alat membranophone. lanya sejenis gendang berbentuk labu. Hanya sebelah sahaja permukaannya yang dilitupi kulit dan di sebelah lagi dibiarkan kosong. Selalunya kulit kambing digunakan untuk menutupi gendang ini. Bunyi dan kekuatan bunyinya dikawal dengan cara rnenekapkan tapak tangan pada permukaan yang kosong manakala jari tangan yang sebelah lagi akan mernukul permukaan yang berkulit. Kalau dilepaskan daripada menekap bunyinya agak longgar dan bergema tapi kalau ditekap, bunyinya agak kejap dan gemanya kukuh. Kulitnya dicekangkan dengan ikatan rotan. Gedombak akan diletak melintang semasa memainkannya. Adakalanya seseorang pemain akan memainkan dua gedombak serentak. Peranan gedombak ialah sebagai alat muzik pembantu. Panjang garisan lintang yang berkulit ialah 13 inci dan lilitan kulitnya ialah 37 inci. Luas permukaan yang kosong ialah 5 inci. Panjangnya ialah 19 inci.      
<GEDOMBAK>

KESI       

Kesi atau Ching adalah sejenis alat idiofon. ianya dianggap penting  di dalam permainan menora. Alat ini merupakan identiti muzik tradisional  Thailand. Alat ini dimainkan secara berpasangan. ianya berbentuk piring yang berbonjol,tebal dan berat. Bunyinya jelas dan berdering. Ukuran garisan pusatnya ialah 5 inci. Kedua-dua kepingan ini disambungkan dengan tali yang terdapat pada bonjolan itu. lanya diperbuat daripada tembaga. Fungsi kesi ialah sebagai rentak. Kalau keduanya ditangkupkan bunyinya pendek. Tetapi kalau kedua-dua disentuhkan pada tebingnya, bunyinya berdering dan memanjang.     
<KESI>
CEREK        

Cerek ialah alat jenis idiophones. lanya terdiri daripada buluh kering yang diraut. Panjangnya lebih kurang 14 inci dan 1 ½ inci lebar.Tebalnya 1 ½ inci. Selalunya ianya dimainkan secara pasangan. Kedua-duanya diketuk antara satu sama lain untuk menghasilkan bunyian. Bentuk bunyinya bergantung pada tebal nipisnya cerek itu.  
<CEREK>
SUSUN ATUR ALAT MUZIK DALAM PERSEMBAHAN MENORA :
 
 
Kebiasaannya persembahan Menora ini dijalankan di waktu malam, bermula pada pukul 8.00 atau 9.00 malam hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok - bergantung kepada panjang pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan itu. Sebelum memulakan persembahan, pemimpin kumpulan itu akan mengadakan acara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan bagi mengadakan persembahan itu. Alat-alatan yang digunakan semasa upacara ialah lilin yang diletakkan di dalam piring yang berisi sirih dan pinang. 
Sambil membaca mentera, ia juga menyembah mahkota tinggi yang dipanggil CHA-DA iaitu kecopong. Selepas itu diikuti pula oleh watak utama (hero) yang bermain pada malam itu. Selepas sahaja upacara ini, muzik lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan ialah serunai, canang, geduk dan gedombak yang panjangnya permainan muzik ini adalah lebih kurang 10 minit. Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mentera secara nyanyian. Pada masa ini muzik dimainkan untuk mengiringinya. Sewaktu pembacaan ini, watak-watak utama yang mengambil bahagian akan bersiap-siap di belakang tirai. 
Dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita asal usulnya mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mentera itu. Apabila pemimpin itu menyanyi setiap baris, ianya diikuti oleh ahli-ahli muzik yang lain sebagai korus. Upacara ini memakan masa hampir-hampir 30 minit. Dengan cara korus juga akan mengingati asal usul mendatari itu. Apabila tamatnya upacara mentera secara nyanyian, persembahan Menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian pelakon lelaki dan pelakon perempuan. Nyanyian mengenai cerita yang akan dipersembahkan. Nyanyian dimulakan oleh pelakon perempuan dan diikuti oleh pelakon lelaki. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut. Kedua-dua pelakon itu berada di belakang tirai. Pada masa ini muzik dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu.

Selepas itu, pelakon lelaki keluar perlahan-lahan melalui tirai menggayakan tarian yang lemah lembut. Dia diikuti oleh pelakon perempuan juga menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan berbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain-pemain muzik. Berbagai bentuk tarian yang digayakan. Selepas nyanyian dan tarian ini diadakan pula adegan yang berbentuk drama. Dalam adegan ini rakan akan memainkan peranannya disamping hero dan heroin. Kemudian di selang-selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.

Sumber: http://themenora.blogspot.com

No comments:

Post a Comment