MZU 3117 MUZIK MALAYSIA MENORA
blog ini bagi melengkapkan tugasan MZU 3117 Muzik Malaysia, MENORA
Friday, September 20, 2013
Persembahan Menora
Antara contoh-contoh persembahan menora
NENORA- Bukit Yong Kelantan
contoh tarian MENORA
Sumber: YouTube
TARIAN DALAM MENORA
Terdapat beberapa tarian di dalam
persembahan menora ini. Adalah dipercayai pada asalnya,menora mempunyai
12 gerak tari dan posisi. Namun,lama kelamaan gerak tari ini semakin
hilang berikutan tindakan ketua-ketua menora mencipta gerak tari yang
baru bagi memenuhi selera masyarakat sezaman dan menyesuaikan dengan
citarasa ketua kumpulan yang baru. Antara tarian yang biasa dimainkan
dan dipersembahkan adalah seperti Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari,
Tarian Penjuru Besar ataupun Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru
Kecil ataupun Gerak Tari Gajah serta Tarian Labah-labah yang menganyam
sarangnya.
Tarian Masuk adalah merujuk
kepada gerak tari masuk gelanggang. Manakala,Tarian Kinnari pula adalah
hasil pengamatan peniruan gerak tari burung. Gerak Tari Pencak Besar
adalah gerak tari jalan angsa dan Gerak Tari Penjuru Kecil berdasarkan
gerak tari posisi gajah. Selain itu,terdapat satu gerak tari yang unik
Gerak Tari Labah-labah menganyam sarangnya yang mana memerlukan stamina
dan fleksibiliti yang tinggi untuk diaplikasikan gerak tarinya.
Gerak Tari Burung Kinaree
Gerak Tari Masuk
Tarian Penjuru Besar (Jalan Angsa)
Tarian Penjuru Kecik ( Gerak Tari Gajah )
Gerak Tari Labah-labah
Gaya gerak tari oleh penari
wanita yang memainkan watak inang biasanya tidak mengadap penonton
tetapi mengadap raja yang berada di tengah-tengah pentas. Susunan
tariannya adalah berbentuk bulatan. Terdapat lebih 100 gaya posisi dan
pergerakan dalam menyampaikan sesuatu tarian menora yang bercirikan
pengaruh hindu dan melayu. Setiap pergerakan seperti melangkah dan
lentikan jari yang dipakaikan kuku besi dan sebagainya mempunyai maksud
dan pengertiannya yang tertentu.
Menurut Dr. Ghause Nasaruddin
daripada Pusat Seni Universiti Sains Malaysia yang mengatakan tarian
menora menggunakan posisi yang mempunyai fungsi tertentu. Fungsinya
adalah terdiri daripada tiga jenis iaitu fungsi ritual,fungsi dramatik
dan struktur. Fungsi ritual adalah merujuk kepada fungsi mengadakan
upacara pembukaan iaitu membuka dan tutup panggung serta upacara
menyembah guru. Pergerakan yang ditekankan adalah menjurus kepada
pergerakan tangan dan posisi badan. Pergerakan boleh dibahagikan kepada
empat kelompok iaitu pertama tentang pergerakan binatang ataupun haiwan
seperti gajah,kijang kerbau dan sebagainya. Kedua,pergerakan berbentuk
bunga teratai khususnya dari aspek kembang kucup bunganya. Ketiga pula
ialah pergerkan berbentuk aksi seperti terbang,hayun dan sebagainya dan
keempat pergerakkan berunsurkan perwatakan yang digarap untuk memenuhi
adegan dan aksi tertentu. Tetapi,terdapat beberapa tarian yang digunakan
khusus untuk upacara pembukaan.
Gerak tari untuk hiburan
adalah berbeza dengan gerak tari di dalam ritual keagamaan. Guru-guru
menora diberikan kebebasan untuk mengatur dan menyusun gerak tari
penarinya mengikut kreativiti mereka masing- masing.
HASIL KERJA LAPANGAN
Hasil daripada kerja
lapangan, kami mendapati terdapat satu lagi lagu memakai kecopong atau
lagu sauk kecopong. Lgu ini berunsurkan mentera siam lantas pengaruh
buddist. Selain itu,gerak tari di dalam penceritaan menora adalah hasil
kesinambungan penceritaan sesebuah cerita itu seperti tarian tangkap
garuda ataupun tarian khong long adalah gerak tari yang ditarikan semasa
para pengawal berusaha untuk menangkap Puteri Seri Mala untuk dibawa ke
istana. Selain itu, tarian tangkap buaya ataupun tarian Theng Khe
adalah gerak tari yang ditarikan semasa mereka bergelut dalam
penangkapan buaya.
Sumber: http://themenora.blogspot.com
Sumber: http://themenora.blogspot.com
JENIS ALAT MUZIK
Sebuah kumpulan menora terdapat 12
orang anggota iaitu 4 orang pelakon seorang gadis dan 8 orang pemain
muzik. Di dalam persembahan menora terdapat muziknya yang mengiringi
persembahannya. Sudah pasti jika ada persembahan, mestilah ada lagunya.
Begitu juga dengan menora. Bagi mereka, bermain menora bukanlah
pekerjaan yang tetap tapi sambilan sahaja.
Terdapat 6 jenis alat muzik yang mengiringi persembahan menora iaitu :
- sebuah geduk
- sepasang canai
- sebuah pi nai
- sepasang gedombak
- sebuah cerek
- sebuah kesi
GEDUK
Alat
membranophones. Sejenis gendang yang berbentuk barrel. lanya dibuat
daripada blok kayu yang keras. Ukurannya ialah 12" panjang dan 10"
panjang garisan pusat dan lilitnya pada bahagian kulit ialah 31" dan 33"
lilitan pada pertengahan badan. Muka gendang itu dilitupi dengan kulit
kerbau yang direntang dengan cekangnya. Kulit itu dilekatkan pada kayu
dengan menggunakan paku payung. Cuma muka sebelah atas gendang itu
sahaja yang digunakan. Di tengah-tengah badan gendang itu terdapat
cincin besi di mana disambungkan dua batang kayu sebagai kakinya. Dengan
itu, kedudukan gendang itu akan condong ke arah si pemukul. Keadaan
yang condong ini akan menghasilkan getaran bunyi atau gema yang lebih
kuat apabila gendang itu dipalu pada permukaan atasnya.
Untuk
memukul atau memalukan gendang itu dua batang kayu pemalu atau pengetuk
digunakan. lanya diperbuat daripada kayu biasa yang liat. Hujungnya
berbentuk bulat. lanya digunakan secara pasangan, setiap satu untuk
sebelah tangan. Si pemukul akan mengangkat selaras dengan dahinya. Bunyi
gendang ini kencang dan bising.
<GEDUK> |
CANANG
Alat
idiophones. Terdapat sepasang canang - salah satunya kecil sedikit daripada
yang satu lagi. Setiap canang itu ada 4 lubang kecil pada lilitannya. Pada
lubang ini dimasukkan tali dan ditegangkan di dalam sebuah kotak kayu. Pada
dinding kotak kayu itu terdapat lubang-lubang di mana gemanya dapat keluar
menerusinya. Sepasang pengetuk sepanjang 7 inci digunakan untuk memukul canang
itu. Kayu pengetuk itu berbalut kain pada hujungnya. Paluan ini dikenakan pada
bahagian yang membonjol. Salah satu daripadanya, bunyinya lebih tinggi daripada
yang satu lagi. Panjang garisan pusat untuk canang tersebut ialah 6 inci dan satu
lagi 7 inci. Pukulannya konstan dan berselangan. Tingginya lebih kurang 2 inci.
Besar kotak kayu itu ialah 10 inci lebar dan 22 inci panjang dan tingginya 7
inci. Pukulannya konstan dan berselangan.
<CANANG> |
Alat
aerophones. 'Alat wood wind' yang diperbuat dari kayu yang halus
urat-uratnya. Berbentuk bulat dan panjang.Panjangnya lebih kurang 14
inci. Pada bahagian 'tengahnya agak berbonjolsedikit. Bahagian dalamnya
kosong. Terdapat 6 lubang dibadannya untuk kawalan tanal. Pada bahagian
atasnya terdapat sebuah lubang yang kecil dimana diselitkan 'reed'. Pada
reed tersebut terdapat satu tiub keluli yang panjangnya 2 inci dan
daun-daun mengkuang yang kering diselitkan ke dalam tiub itu. Peniup pi
nai akan memasukkan tiub reed itu ke dalam mulutnya dan meniupnya.
Pemain pi nai mestilah pandai mengawal nafasnya. Cara meniup ialah
menarik dan menghembus nafas dengan cepatnya. Peranan Pi Nai di dalam
Menora adalah sebagai melodi.
<PI NAI> |
Gedombak juga adalah alat membranophone. lanya sejenis gendang berbentuk labu. Hanya sebelah sahaja permukaannya yang dilitupi kulit dan di sebelah lagi dibiarkan kosong. Selalunya kulit kambing digunakan untuk menutupi gendang ini. Bunyi dan kekuatan bunyinya dikawal dengan cara rnenekapkan tapak tangan pada permukaan yang kosong manakala jari tangan yang sebelah lagi akan mernukul permukaan yang berkulit. Kalau dilepaskan daripada menekap bunyinya agak longgar dan bergema tapi kalau ditekap, bunyinya agak kejap dan gemanya kukuh. Kulitnya dicekangkan dengan ikatan rotan. Gedombak akan diletak melintang semasa memainkannya. Adakalanya seseorang pemain akan memainkan dua gedombak serentak. Peranan gedombak ialah sebagai alat muzik pembantu. Panjang garisan lintang yang berkulit ialah 13 inci dan lilitan kulitnya ialah 37 inci. Luas permukaan yang kosong ialah 5 inci. Panjangnya ialah 19 inci.
<GEDOMBAK> |
Kesi atau Ching adalah sejenis alat idiofon. ianya dianggap penting di dalam permainan menora. Alat ini merupakan identiti muzik tradisional Thailand. Alat ini dimainkan secara berpasangan. ianya berbentuk piring yang berbonjol,tebal dan berat. Bunyinya jelas dan berdering. Ukuran garisan pusatnya ialah 5 inci. Kedua-dua kepingan ini disambungkan dengan tali yang terdapat pada bonjolan itu. lanya diperbuat daripada tembaga. Fungsi kesi ialah sebagai rentak. Kalau keduanya ditangkupkan bunyinya pendek. Tetapi kalau kedua-dua disentuhkan pada tebingnya, bunyinya berdering dan memanjang.
<KESI> |
Cerek ialah alat jenis idiophones. lanya terdiri daripada buluh kering yang diraut. Panjangnya lebih kurang 14 inci dan 1 ½ inci lebar.Tebalnya 1 ½ inci. Selalunya ianya dimainkan secara pasangan. Kedua-duanya diketuk antara satu sama lain untuk menghasilkan bunyian. Bentuk bunyinya bergantung pada tebal nipisnya cerek itu.
<CEREK> |
SUSUN ATUR ALAT MUZIK DALAM PERSEMBAHAN MENORA :
Kebiasaannya persembahan Menora ini
dijalankan di waktu malam, bermula pada pukul 8.00 atau 9.00 malam hinggalah ke
tengah malam atau subuh pagi esok - bergantung kepada panjang pendeknya cerita
yang hendak dipersembahkan itu. Sebelum memulakan persembahan,
pemimpin kumpulan itu akan mengadakan acara persembahan. Tujuannya untuk
mendapatkan perlindungan keselamatan bagi mengadakan persembahan itu.
Alat-alatan yang digunakan semasa upacara ialah lilin yang diletakkan di dalam
piring yang berisi sirih dan pinang.
Sambil membaca mentera, ia juga menyembah
mahkota tinggi yang dipanggil CHA-DA iaitu kecopong. Selepas itu diikuti pula
oleh watak utama (hero) yang bermain pada malam itu. Selepas sahaja upacara ini, muzik
lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan
ialah serunai, canang, geduk dan gedombak yang panjangnya permainan muzik ini
adalah lebih kurang 10 minit.
Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mentera secara
nyanyian. Pada masa ini muzik dimainkan untuk mengiringinya. Sewaktu pembacaan
ini, watak-watak utama yang mengambil bahagian akan bersiap-siap di belakang
tirai.
Dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita asal usulnya
mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mentera itu. Apabila
pemimpin itu menyanyi setiap baris, ianya diikuti oleh ahli-ahli muzik yang
lain sebagai korus. Upacara ini memakan masa hampir-hampir 30 minit. Dengan
cara korus juga akan mengingati asal usul mendatari itu. Apabila tamatnya upacara mentera
secara nyanyian, persembahan Menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai
dengan nyanyian pelakon lelaki dan pelakon perempuan. Nyanyian mengenai cerita
yang akan dipersembahkan. Nyanyian dimulakan oleh pelakon perempuan dan diikuti
oleh pelakon lelaki. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut. Kedua-dua
pelakon itu berada di belakang tirai. Pada masa ini muzik dimainkan mengiringi
kedua-dua penyanyi itu.
Selepas itu, pelakon lelaki keluar perlahan-lahan melalui tirai menggayakan tarian yang lemah lembut. Dia diikuti oleh pelakon perempuan juga menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan berbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain-pemain muzik. Berbagai bentuk tarian yang digayakan. Selepas nyanyian dan tarian ini diadakan pula adegan yang berbentuk drama. Dalam adegan ini rakan akan memainkan peranannya disamping hero dan heroin. Kemudian di selang-selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.
Sumber: http://themenora.blogspot.com
Tuesday, September 10, 2013
BUSANA DAN PROPS
Seperti
tarian-tarian asli yang lain, menora juga mempunyai pakaian atau busana
tersendiri. Bagi pakaian untuk lelaki, mereka memakai baju lengan pendek dan
berseluar panjang yang berwarna-warni dan di kepala terdapat kecopong atau
dipanggil sebagai cha da. Selain itu,bagi penari lelaki mereka memakai skaf
merah dan bertali pinggang yang juga disebut sebagai khem khat. Mereka juga
berselendangkan kain yang mempunyai corak-corak. Selendang itu digantungkan
pada bahu kanan dan kiri. Kain kuning dan hijau yang digantung di bahagian
depan disebut panung dimana hujungnya menyentuhi lutut yang disebut hoi khang.
Sehelai kain bercorak yang digantung pada pinggang di bahagian hadapan disebut
hoi na. Mereka juga bersarung kaki dan mempunyai sepasang sayap bercorak yang
diikat pada rusuk pinggang menghala ke belakang yang disebut "pa se
bai." Lelaki juga mempunyai rantai dan bersarung kuku yang dipanggil
canggai.
Manakala,
bagi pelakon perempuan pula ianya hampir sama dengan lelaki tetapi terdapat
juga yang tidak memakai kecopong. Bagi pakaian seorang peran pula,peran
menggunakan topeng dan berselendang yang dipanggil phakoma dan topeng berwatak
jenaka. Berbeza dengan pelakon lelaki, pelakon wanita dan peran, ahli muzik
boleh mengikut citarasa mereka sendiri kerana pakaian mereka adalah bebas.
Asal
kecopong melayu adalah semasa jajahan petani di thailand. Kecopong melayu
mempunyai pom pom,berbentuk bulat,mempunyai telinga,mempunyai subang dan 16
pakaian lengkap. Manakala,menara kecopong siam pula tidak mempunyai pom pom,
ianya bertingkat-tingkat dan tajam seperti pucuk rebung. Antara
kelengkapan-kelengkapan lain bagi set pakaian menora ialah kuku atau
canga,gelang tangan atau nobrat (diperbuat daripada perak),gelang tangan (
tamplai- dari tembaga),baju menora,sayap sadang (dibuat daripada manik ) yang
diikat denagan belulang atau benang tanah yang dibuat bunga. Ianya dipakai di
atas pinggang sebelah belakang dan terdapat juga tdung atau khap lang yang juga
turut diperbuat daripada manik. Selain itu,ia juga menggunakan kain kecil warna
warni atau dipanggil kain ikat leher.
Berikut
merupakan contoh-contoh alat kelengkapan bagi pelakon-pelakon menora:
1)
baju menora
2.) kecopong
melayu
3.)kecopong siam
Jenis-jenis
kecopong lain yang digunakan dalam persembahan tarian menora ialah:
4.)Topeng menora
Rotan menora
ADAT BUKA
PANGGUNG
Sebuah
panggung khas mesti didirikan atas tanah. Terdapat bahan yang perlu disediakan
sebelum buka panggung iaitu colok,pulut kuning,darah,beras, sirih dan
lain-lain.
PENGERAS DALAM
MENORA
Perlu
membayar RM 2.25 tetapi ianya juga bergantung kepada pemain.
PANTANG LARANG DALAM MENORA
Setiap
permainan mempunyai pantang larang tertentu dan perlu dipatuhi oleh setiap
penari. Sebagai contonhnya, topeng,kecopong dan lain-lain lagi perlu disimpan
di tempat yang tertentu kerana dikhuatiri spirit akan menggangu pada
persembahan seterusnya.
BUSANA MENORA-ZAMAN SILAM
BUSANA MENORA- ZAMAN MODEN
PERSEMBAHAN
Masa
kini persembahan menora telah diserapi oleh unsur-unsur moden ( pengaruh dari
barat ) terutama dari segi pakaian,tema (romantik ) beserta iringan pancaragam
ala barat dan disulami dengan lawak jenaka. Walaupun berlaku transformasi di
selatan Thailand tetapi banyak lagi kumpulan terawal ataupun kumpulan yang
telah tua usianya masih mempertahankan unsur-unsur tradisional yang wujud di
surat, nakhon sithammarat, phattalung, songkla dan trang. Kumpulan menora yang
dianggap paling berjaya hari ini ialah kumpulan yang masih mengekalkan
unsue-unsur tarian tradisional dan “comick verse” seperti luk thung dengan pemain-pemainnya
yang terdiri daripada orang tempatan.
Kini,
persembahan menora lebih cenderung kepada urusan keagamaan iaitu persembahan
yang diadakan sebagai satu upacara yang dianjurkan dan dibiayai oleh kuil-kuil
untuk mengutip derma. Pada zaman dahulu orang kaya membiayai persembahan menora
adalah untuk majlis perkahwinan atau upacara pengkebumian tetapi dalam
konteks baru persembahan menora adalah bertujuan membayar niat iaitu
cara berterima kasih kepada semangat kerana mengkabulkan sesuatu permintaan.
Jika ini tidak dilaksanakan mereka percaya akan ditimpa malapetaka. tradisi ini
masih berterusan dilaksanakan di Bangkok iaitu di lak muang yang terletak
berhadapan dengan kuil Buddha emerald.
Dalam
kumpulan menora di suk dari naka,kedah, terdapat 12 orang anggota yang terdiri
daripada 4 org pelakon di mana seorang daripadanya gadis dan 8 org pemain
muzik. Mereka mengadakan persembahan menora untuk menambahkan tabung kuil
mereka. Selain daripada itu, menora dipersembahkan untuk menjaga semangat-semangat
yang tertentu agar mereka sentiasa terselamat dari mara bahaya. Kadangkala
menora juga dipersembahkan di pesta-pesta pada pukul 8 atau 9 malam
hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok. Ini bergantung kepada
panjang atau pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan. Sebelum
memulakan persembahan,pemimpin kumpulan itu akan mengadakan upacara
persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan semasa
mengadakan persembahan itu. Alatan yang digunakan semasa upacara ini ialah
lilin dan pinang. Sambil membaca mentera,ia juga menyembah mahkota tinggi yang
dipanggil “cha-da “ atau kecopong.selepas itu diikuti pula oleh watak utama
yang akan bermain pada malam itu.
Selepas
sahaja upacara itu,muzik lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang
menyertai muzik pengenalan itu ialah serunai,canang,geduk dan gedombak.
Panjangnya permainan muzik ini ialah adalah lebih kurang sepuluh minit.
Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mantera secara
nyanyian di samping muzik dimainkan untuk mengiringinya. Sewaktu pembacaan
ini,watak-watak utama yang akan mengambil bahangian akan bersiap-siap di
belakang tirai. Di dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita
asal usulnya mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mantera
itu. Apabila pemimpin itu menyanyi setiap baris ianya diikuti oleh ahli-ahli
yang lain sebagai chorus dan upacara ini memakan masa lebih kurang tiga puluh
minit.
Apabila
tamatnya upacara mantera secara nyanyian, persembahan menora yang sebenarnya
dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian tentang cerita yang akan
dipersembahkan oleh pelakon lelaki dan diikuti oleh pelakon wanita yang berada
di belakang tirai. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut dan muzik
dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu. Selepas itu pelakon lelaki keluar
perlahan- lahan tirai dan menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan
melakukan pelbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain
muzik. Pelbagai bentuk tarian digayakan dan selepas itu diadakan pula adegan
yang berbentuk drama di mana pelawak yang dipanggil “phran” juga memainkan
peranan penting disamping hero dan heroin.
Dalam
sesuatu persembahan menora, ketua kumpulan yang juga sebagai tukang
cerita akan memilih teks yang telah dihafalnya untuk diceritakan kepada
penonton-penonton. Ini bergantunglah kepada pencerita itu sama ada cerita
tersebut dipanjangkan atau dipendekkan. Biasanya setiap barisan teks dalam
cerita yang dipilih akan dinyanyikan oleh ketua kumpulan sementara pemain alat
bunyi-bunyian akan menyambung dengan irama dan alunan lagu. Dengan cara ini
pemain alat muzik turut juga menghafal teks tersebut supaya selari dengan
kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan. Persembahan berbentuk drama diselang-selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.
Cara
persembahn menora penting dalam usaha menarik minat penonton-penonton. Untuk
menjadikan sesuatu persembahan itu sempurna dan lengkap, pemain-pemain atau
penari akan menonjolkan diri seorang demi seorang menurut giliran
masing-masing. Biasanya seorang penari yang baru atau yang termuda
ataupun ahli yang tidak berpengalaman dalam kumpulan itu akan mempersembahkan
sebuah tarian atau nyanyian menora secara solo. Dalam sesuatu persembahan itu
pelawak atau dipanggil peran juga berperanan penting dengan cuma memakai
phakoma dan topeng berwatak jenaka. Salah satu kumpulan menora yang berjaya
mengadakan persembahan yang menarik dan dianggap paling baik ialah kumpulan Nora
Toem di Thailand.
Permainan
menora di Kelantan dimainkan dalam bentuk bulatan yang biasanya diadakan sama
ada di pentas yang rendah atau atas tikar yang dibentangkan di atas
tanah. Persembahan secara ini membolehkan penonton-penonton duduk atau berdiri
dari tiga sudut atau empat. Di samping itu sebuah bilik khas yang beratap yang
terletak di bahagian belakang pentas digunakan sebagai bilik persalinan.
Pengaruh
bahasa Thai jelas menampakkan kepada kita dengan kewujudan perkataan seperti
“rong khru”, “choen khru” dan "song khru" dalam persembahan menora di
Kelantan. Biasanya lagu-lagu menora dinyanyikan dengan menggunakan senikata
thai tetapi dialog atau kata-kata dituturkan adalah sama ada menggunakan bahasa
thai atau bahasa melayu bergantung kepada penonton-penonton pada ketika itu.
Pelakon
utama dalam menora Kelantan yang memegang watak hero dikenali sebagai pak si
tong atau pasiton. Nama ini jelas menunjukkan adaptasi daripada perkataan thai
phra suthon iaitu daripada cerita menora klasik. Permainan menora memang
terkenal dan mendapat tempat di kalangan keluarga diraja Kelantan, di samping
Mak Yung. Kedua-dua permainan ini selalunya diadakan serentak pada setiap
upacara atau perayaan di istana. Kumpulan menora di Kelantan kadangkala
mempersembahkan cerita-cerita Mak Yung yang terkenal dan sering kali pula
pelakon-pelakon wanita mak yung memasukkan bahagian daripada episod cerita
menorah dalam persembahan Mak Yung. Sebenarnya tari drama ini memang berbeza
terutamanya dari segi cerita,muzik,pakaian pelakon-pelakon dan juga tempat
persembahan. Menurut mubin Sheppard, ada 12 cerita klasik yang terkenal yang
dimasukkan dalam persembahan menora Kelantan. Cerita-cerita romantik ini
telah dihafal oleh pemain-pemain menora.
Permainan
menora bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan tetapi juga wujud di kedah.
Salah satu kumpulan menora yang termasyhur dan tidak asing lagi di kalangan
orang-orang Thai di negeri kedah ialah Thai Wat Buddha Naka, di daerah padang
terap,kedah. Kumpulan menora ini telah ditubuhkan sejak tiga puluh tahun yang
lalu dan pemain-pemainnya terdiri daripada 25 org iaitu 10 org wanita dan 15
orang lelaki kumpulan menorah ini bergiat sehingga sekarang dengan
mengadakan pertunjukan-pertunjukan di tempat-tempat keramaian seperti di perayaan
tan bun (bercorak keagamaan Buddha ) dan kadangkala diadakan di rumah-rumah
untuk tujuan perubatan.
Kumpulan
menora ini juga pernah menerima undangan untuk mengadakan persembahan di
tempat-tempat terkemuka seperti di pesta kedah dan perayaan menyambut hari
kelahiran Duli Yang Mulia Sultan Kedah. Akhir-akhir ini kumpulan menora Thai Naka telah melalui satu perubahan iaitu penggunaan bahasa melayu dalam nyanyian
dan lakonan keseluruhannya. Sebuah lagi kumpulan menora telah wujud di Baling, Kedah yang bernama Ah seng. Kumpualan menora ini telah diubahsuai
terutama dari segi penggunaan bahasa. Mereka telah menggunakan bahasa campuran
di antara bahasa melayu,tamil dan dialek hokkien supaya dapat difahami dan
dihayati oleh para penontonnya.
Sumber: http://themenora.blogspot.com
Sumber: http://themenora.blogspot.com
PENCERITAAN DAN WATAK DALAM MENORA
Menurut Sumber yang diperolehi dari Internet, terdapat tiga pendapat yang bercakap tentang penceritaan Menora. Pendapat pertama mengatakan Raja hanya mempunyai seorang puteri tetapi pendapat ketiga mengatakan Raja mempunyai seorang puteri dan seorang putera. Mereka juga memberikan pendapat yang berlainan iaitu bagaimana puteri kesayangan Raja mengandung dan telah dihalau keluar dari istana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca dengan lebih teliti ‘Cerita asal-usul Tarian Menora dari Guru Menora di Songkhla’.
Pada
suatu ketika dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah kerajaan di
Thailand. Istananya terletak diantara Songkla atau Phatthalung. Raja tersebut
mempunyai seorang anak tunggal iaitu Puteri Sri Mala. Puteri sangat suka
bermain bersama kawan-kawannya semasa kecil. Dikatakan dia mempunyai ramai
kawan semasa kecilnya kerana sifatnya yang peramah. Pada suatu hari, mereka
bermain permainan baru dimana puteri akan duduk di atas sebuah kerusi dan
kawan-kawan puteri dikehendaki memainkan muzik.
Alatan
yang digunakan pada ketika itu ialah tempurung kelapa, buluh, batu dan apa
sahaja yang boleh menghaslkan bunyi. Semasa rakan-rakannya memainkan muzik,
puteri akan menari sambil menyanyi. Mereka merasakan permainan itu sangat
menyeronokkan sehingga mereka berjaya menghasilkan satu rentak muzik yang
menarik. Pada ketika itu, lalu sekumpulan pemuda bertanyakan apa nama permainan
yang dimainkan oleh mereka. Puteri memberi jawapan kepada pemuda tersebut iaitu
‘MENORA’. Di sini bermulalah dimana permainan ini mula mendapat nama.
Namun, dari hari ke hari puteri leka dengan menari dan lupa pada tangguangjawab
lain. Raja menegur puteri supaya mengambil tahu berkaitan hal-hal ehwal negara.
Raja mula murka apabila puteri tidak mengendahkan nasihat dan teguranya.
Puteri
serta kawan-kawannya dihalau keluar dari istana dan dihanyutkan mengunakan
rakit sehingga mereka akhirnya berlabuh di sebuah pulau bernama pulau Si Chang
atau pulau Kew. Di pulau inilah penempatan mereka yang baru. Bermula di pulau
ini juga, tarian Menora semakin berkembang dimainkan mereka. Mereka bercucuk
tanam di siang hari manakala pada sebelah malam pula Menora akan dimainkan.
Puteri Sri Mala bermain Menora di pulau tersebut sehinggalah dia berkahwin dan
melahirkan seorang putera yang diberi nama Thep Sing Horn. Puteri Sri Mala mula
mendedahkan tarian Menora kepada anaknya sejak dari kecil lagi. Apabila
puteranya meningkat dewasa, tarian ini dimainkan sepenuhnya oleh Putera Thep
dan Puteri Sri Mala hanya menjadi pemerhati sahaja.
Pada
suatu petang, Putera Thep terlelap di bawah sebuah pohon ketika dia
sedang berehat. Putera Thep bermimpi bahawa turunnya seorang Dewa dari kayangan
lalu mengajarkannya tentang 12 kisah. Kisah ini hendaklah dimainkan bersama
tarian Menora. Apabila Putera Thep tersedar dari mimpi, dia cuba mengingati apa
yang diperolehi dari mimpi tersebut. Selesai mengingat kesemua kisah tersebut,
Putera Thep pulang ke rumah. Bermula dari itu, tarian ini mula diubah supaya
dapat disesuaikan dengan kisah yang dimainkan. Jika dulu, hanya Sri Mala
yang menari dan menyanyi, tetapi di zaman Putera Thep dia memerlukan lebih dari
lima orang untuk menghasilkan lakonan yang baik.
Semenjak
dari itu, tarian Menora mesti mempunyai satu atau lebih untuk menjadi Nang dan
hendaklah mempunyai Tok Perang. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Putera
Thep, tarian Menora ini menjadi teramat popular di pulau tersebut dan pulau berdekatan.
Tarian Menora ini terus menjadi bualan dari mulut ke mulut sehinggalah sampai
kepada pengetahuan Raja. Raja tersebut adalah ayah kepada Sri Mala yang juga
datuk kepada Putera Thep. Raja teringin melihat sendiri tarian Menora itu lalu
mengarahkan pembesarnya membawa tarian tersebut ke istana.
Setelah
dijemput untuk membuat persembahan di istana, Putera Thep dan rombonganya
bertolak ke istana kecuali Sri Mala. Setelah sampai di istana, raja tidak tahu
yang akan mempersembahkan tarian tersebut adalah cucunya sendiri begitu juga
dengan Putera Thep. Setelah selesai melakukan persembahan, raja mula menanyakan
di mana putera Thep mempelajari tarian tersebut. Putera Thep menceritakan
tentang latar belakang keluarganya dan siapakah ibunya. Setelah raja mengetahui
bahawa yang berada di hadapanya adalah cucunya sendiri, Raja begitu gembira dan
menyesal kerana menghalau Sri Mala keluar dari istana dahulu. Bagi menebus
kesalahannya, raja membawa semula Puteri Sri Mala dan Putera Thep untuk tinggal
bersamanya.
Semasa
tinggal di istanalah persembahan dan tarian semakin menarik kerana mendapat
perkenan dan sokongan Raja. Tarian ini semakin diminati oleh masyarakat dan
mula tersebar hingga ke seluruh Thailand. Ramai mereka yang telah berguru
dengan Putera Thep antaranya ialah Si Lum Chei, Rean Thong, Khon Kew, Raja Prak
Cit dan ramai lagi. Mereka inilah yang meneruskan lagi tarian Menora selepas
Putera Thep.
Sejarah
tentang kemasukan menora ke Kelantan tidak dapat dipastikan, orang pertama yang
membawa masuk menora ke negeri itu. Ini kerana menora dibawa masuk ke Kelantan
melalui dua jalan iaitu darat dan air. Menurut sumber juga, Salah seorang yang
membawa masuk menora ke negeri Kelantan dikenali sebagai Menora Chuai.
Beliau membawa masuk tarian Menora ini melalui darat iaitu Kampong Teresek yang
terletak di Pasir Mas.
Dalam
Menora terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Tok Perang
biasanya akan membawa dialog-dialog yang lucu. Kadangkala terdapat dua orang
Tok Perang di dalam persembahan menora ini. Jika dahulu, watak perempuan
dibawa oleh lelaki yang berambut panjang, tapi kini watak perempuan dimainkan
oleh perempuan. Namun begitu, di Thailand, tarian Menora ini dikatakan hanya
dimainkan oleh wanita sahaja. Manakala di negeri Kelantan dan Kedah,
persembahan dimainkan oleh lelaki dan perempuan.
Permainan
Menora harus mempunyai Pak Sitong, Inang dan Perang. Watak-watak ini mungkin
sama dengan watak-watak yang disebutkan tadi tetapi nama yang berbeza.
Menurutnya lagi, Inang adalah watak dayang dan Perang pula adalah pengasuh
dalam istana. Perang biasanya akan memakai Topeng dan membawa watak jenaka.
Watak-watak yang dimainkan semasa persembahan Menora adalah mengikut cerita
yang akan dipersembahkan.
Terdapat
sumber mengatakan juga kebanyakan cerita-cerita Menora dipetik daripada
kitab-kitab Mahabrata dan kesemuanya mempunyai 12 buah cerita asal. Pada hari
ini kebanyakan cerita-cerita ini telang diubahsuai. Antaranya ialah:
- Sangthong
- Khawi
- Laksanawong
- Chayachet
- Khun Chang Khun Pnaer
- Pura Aphai
- Kraithong
Subscribe to:
Posts (Atom)