Menurut Sumber yang diperolehi dari Internet, terdapat tiga pendapat yang bercakap tentang penceritaan Menora. Pendapat pertama mengatakan Raja hanya mempunyai seorang puteri tetapi pendapat ketiga mengatakan Raja mempunyai seorang puteri dan seorang putera. Mereka juga memberikan pendapat yang berlainan iaitu bagaimana puteri kesayangan Raja mengandung dan telah dihalau keluar dari istana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca dengan lebih teliti ‘Cerita asal-usul Tarian Menora dari Guru Menora di Songkhla’.
Pada
suatu ketika dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah kerajaan di
Thailand. Istananya terletak diantara Songkla atau Phatthalung. Raja tersebut
mempunyai seorang anak tunggal iaitu Puteri Sri Mala. Puteri sangat suka
bermain bersama kawan-kawannya semasa kecil. Dikatakan dia mempunyai ramai
kawan semasa kecilnya kerana sifatnya yang peramah. Pada suatu hari, mereka
bermain permainan baru dimana puteri akan duduk di atas sebuah kerusi dan
kawan-kawan puteri dikehendaki memainkan muzik.
Alatan
yang digunakan pada ketika itu ialah tempurung kelapa, buluh, batu dan apa
sahaja yang boleh menghaslkan bunyi. Semasa rakan-rakannya memainkan muzik,
puteri akan menari sambil menyanyi. Mereka merasakan permainan itu sangat
menyeronokkan sehingga mereka berjaya menghasilkan satu rentak muzik yang
menarik. Pada ketika itu, lalu sekumpulan pemuda bertanyakan apa nama permainan
yang dimainkan oleh mereka. Puteri memberi jawapan kepada pemuda tersebut iaitu
‘MENORA’. Di sini bermulalah dimana permainan ini mula mendapat nama.
Namun, dari hari ke hari puteri leka dengan menari dan lupa pada tangguangjawab
lain. Raja menegur puteri supaya mengambil tahu berkaitan hal-hal ehwal negara.
Raja mula murka apabila puteri tidak mengendahkan nasihat dan teguranya.
Puteri
serta kawan-kawannya dihalau keluar dari istana dan dihanyutkan mengunakan
rakit sehingga mereka akhirnya berlabuh di sebuah pulau bernama pulau Si Chang
atau pulau Kew. Di pulau inilah penempatan mereka yang baru. Bermula di pulau
ini juga, tarian Menora semakin berkembang dimainkan mereka. Mereka bercucuk
tanam di siang hari manakala pada sebelah malam pula Menora akan dimainkan.
Puteri Sri Mala bermain Menora di pulau tersebut sehinggalah dia berkahwin dan
melahirkan seorang putera yang diberi nama Thep Sing Horn. Puteri Sri Mala mula
mendedahkan tarian Menora kepada anaknya sejak dari kecil lagi. Apabila
puteranya meningkat dewasa, tarian ini dimainkan sepenuhnya oleh Putera Thep
dan Puteri Sri Mala hanya menjadi pemerhati sahaja.
Pada
suatu petang, Putera Thep terlelap di bawah sebuah pohon ketika dia
sedang berehat. Putera Thep bermimpi bahawa turunnya seorang Dewa dari kayangan
lalu mengajarkannya tentang 12 kisah. Kisah ini hendaklah dimainkan bersama
tarian Menora. Apabila Putera Thep tersedar dari mimpi, dia cuba mengingati apa
yang diperolehi dari mimpi tersebut. Selesai mengingat kesemua kisah tersebut,
Putera Thep pulang ke rumah. Bermula dari itu, tarian ini mula diubah supaya
dapat disesuaikan dengan kisah yang dimainkan. Jika dulu, hanya Sri Mala
yang menari dan menyanyi, tetapi di zaman Putera Thep dia memerlukan lebih dari
lima orang untuk menghasilkan lakonan yang baik.
Semenjak
dari itu, tarian Menora mesti mempunyai satu atau lebih untuk menjadi Nang dan
hendaklah mempunyai Tok Perang. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Putera
Thep, tarian Menora ini menjadi teramat popular di pulau tersebut dan pulau berdekatan.
Tarian Menora ini terus menjadi bualan dari mulut ke mulut sehinggalah sampai
kepada pengetahuan Raja. Raja tersebut adalah ayah kepada Sri Mala yang juga
datuk kepada Putera Thep. Raja teringin melihat sendiri tarian Menora itu lalu
mengarahkan pembesarnya membawa tarian tersebut ke istana.
Setelah
dijemput untuk membuat persembahan di istana, Putera Thep dan rombonganya
bertolak ke istana kecuali Sri Mala. Setelah sampai di istana, raja tidak tahu
yang akan mempersembahkan tarian tersebut adalah cucunya sendiri begitu juga
dengan Putera Thep. Setelah selesai melakukan persembahan, raja mula menanyakan
di mana putera Thep mempelajari tarian tersebut. Putera Thep menceritakan
tentang latar belakang keluarganya dan siapakah ibunya. Setelah raja mengetahui
bahawa yang berada di hadapanya adalah cucunya sendiri, Raja begitu gembira dan
menyesal kerana menghalau Sri Mala keluar dari istana dahulu. Bagi menebus
kesalahannya, raja membawa semula Puteri Sri Mala dan Putera Thep untuk tinggal
bersamanya.
Semasa
tinggal di istanalah persembahan dan tarian semakin menarik kerana mendapat
perkenan dan sokongan Raja. Tarian ini semakin diminati oleh masyarakat dan
mula tersebar hingga ke seluruh Thailand. Ramai mereka yang telah berguru
dengan Putera Thep antaranya ialah Si Lum Chei, Rean Thong, Khon Kew, Raja Prak
Cit dan ramai lagi. Mereka inilah yang meneruskan lagi tarian Menora selepas
Putera Thep.
Sejarah
tentang kemasukan menora ke Kelantan tidak dapat dipastikan, orang pertama yang
membawa masuk menora ke negeri itu. Ini kerana menora dibawa masuk ke Kelantan
melalui dua jalan iaitu darat dan air. Menurut sumber juga, Salah seorang yang
membawa masuk menora ke negeri Kelantan dikenali sebagai Menora Chuai.
Beliau membawa masuk tarian Menora ini melalui darat iaitu Kampong Teresek yang
terletak di Pasir Mas.
Dalam
Menora terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Tok Perang
biasanya akan membawa dialog-dialog yang lucu. Kadangkala terdapat dua orang
Tok Perang di dalam persembahan menora ini. Jika dahulu, watak perempuan
dibawa oleh lelaki yang berambut panjang, tapi kini watak perempuan dimainkan
oleh perempuan. Namun begitu, di Thailand, tarian Menora ini dikatakan hanya
dimainkan oleh wanita sahaja. Manakala di negeri Kelantan dan Kedah,
persembahan dimainkan oleh lelaki dan perempuan.
Permainan
Menora harus mempunyai Pak Sitong, Inang dan Perang. Watak-watak ini mungkin
sama dengan watak-watak yang disebutkan tadi tetapi nama yang berbeza.
Menurutnya lagi, Inang adalah watak dayang dan Perang pula adalah pengasuh
dalam istana. Perang biasanya akan memakai Topeng dan membawa watak jenaka.
Watak-watak yang dimainkan semasa persembahan Menora adalah mengikut cerita
yang akan dipersembahkan.
Terdapat
sumber mengatakan juga kebanyakan cerita-cerita Menora dipetik daripada
kitab-kitab Mahabrata dan kesemuanya mempunyai 12 buah cerita asal. Pada hari
ini kebanyakan cerita-cerita ini telang diubahsuai. Antaranya ialah:
- Sangthong
- Khawi
- Laksanawong
- Chayachet
- Khun Chang Khun Pnaer
- Pura Aphai
- Kraithong
No comments:
Post a Comment